Perak Hari Ini

Lima Kapal Sertai Latihan HORNBILL Antara TLDM Dan TLDB

Latihan bilateral antara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) dikenali Eksesais HORNBILL 22/2012 berakhir dengan jayanya semalam, sekaligus mencapai objektif yang disasarkan oleh kedua-dua belah pihak.

HORNBILL merupakan antara platform kerjasama serantau Malaysia-Brunei khusus dalam aspek ketenteraan bagi meningkatkan profesionalisme angkatan laut masing-masing.

Latihan HORNBILL 22/2012 kali ini dirasmikan pembukaannya oleh Pegawai Memerintah Pusat Taktik dan Maritim (PUSTAKMAR), Laksamana Pertama Chin Yoon Chin di Auditorium Zain di Pangkala TLDM, dekat Lumut.

Ia dilaksanakan secara Pos Pemerintahan atau Command Post Excersice (CPX) yang tidak melibatkan latihan sebenar di lapangan atau Field Training Excersice (FTX) berlangsung di PUSTAKMAR dan sekitar Pangkalan TLDM Lumut.

Latihan selama lima bermula 3 Disember lalu berlangsung dengan melibatkan tiga buah Tim Pemerintah kapal daripada TLDM iaitu Kapal Diraja (KD) LEKIR, KD KASTURI dan KD LAKSAMANA TAN PUSMAH serta dua buah Tim Pemerintah daripada TLDB iaitu Kapal Diraja Brunei (KDB) DARUSSALAM dan KDB IJTIHAD.

Selain itu, ia juga mengaplikasikan penggunaan Action Speed Tactical Trainer (ASTT) simulator dalam melaksanakan latihan dua hala bagi melatih kedua-dua Angkatan Tentera Laut dalam Latihan Olah Perang dan Naval Warfare Operations.

Ia diketuai oleh Pemerintah atau Ketua Gugus Tugas, Komander Ahmad Shafirudin Abu Bakar dari TLDM yang juga merangkap Pegawai Memerintah KD LEKIR manakala TLDB diketuai oleh Timbalan Ketua Gugus Tugas, Leftenan Kolonel (L) Pg Omaralli Pg Jaya Indera Pg Mokhtar Puteh selaku Pegawai Memerintah KDB DARUSSALAM.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");