Sukan Hari Ini

Pertahanan United parah – Fergie

MANCHESTER – Alex Ferguson menyifatkan bahagian pertahanan pasukannya ‘parah’ walaupun Manchester United menang 4-3 ke atas Reading dalam aksi Liga Perdana Inggeris semalam.

United melepaskan tiga gol dalam tempoh 23 minit pembukaan perlawanan di Stadium Madejski namun menjaringkan empat gol sebelum rehat untuk pasukannya berkelebihan tiga mata di tangga teratas liga.

“Bahagian pertahanan begitu teruk, ia cara bertahan yang paling buruk musim ini, kami perlu berbuat sesuatu tentangnya.

“Saya sangka ia bakal mencatat rekod dalam liga pada aksi babak pertama. Ia sukar dipercayai.

“Kami perlu menyelamatkan keadaan seperti ini di sepanjang masa. Kami bernasib baik kerana kami ada pemain yang boleh melakukannya.

“Kami tidak boleh beraksi seperti ini ketika menentang Manchester City,” kata Ferguson.

United melepaskan beberapa gol pertama musim ini dan setakat ini gawang mereka dibolosi 21 kali ketika kelab itu bergelut untuk menyesuaikan keadaan akibat ketiadaan Nemanja Vidic yang cedera.

Jumlah itu lebih 10 gol berbanding City, di mana kedua-dua pasukan akan bersemuka di Etihad hujung minggu ini.

Namun bahagian serangan United kekal berbisa.

Wayne Rooney menjaringkan dua gol, satu menerusi penalti manakala Van Persie menjaringkan gol kesepuluh.

“Kami mungkin melepaskan lebih banyak gol, namun akhirnya kami bangkit dan inilah yang menyelamatkan kami.

“Wayne menakjubkan pada babak pertama, begitu juga Robin dan Ashley Young,” katanya.

Reading mendahului menerusi Hal Robson-Kanu sebelum kombinasi Anderson dan Young meledak gol penyamaan dan Rooney meletakan United mendahului menerusi penalti.

Adam Le Fondre tidak dicabar ketika melakukan tandukan untuk gol penyamaan Reading sebelum satu lagi gerakan yang berpunca daripada sepakan bola mati menyaksikan Sean Morrison menjadikan kedudukan 3-2 buat tuan rumah.

Rooney pantas memanfaatkan sepakan lintang rendah daripada Patrice Evra sebelum Van Persie meledak jaringan.

Kejayaan United mengekalkan kedudukan sehingga perlawanan berakhir menjulang mereka mengatasi City, yang hanya seri 1-1 dengan Everton.

United mengumpul 36 mata daripada 15 perlawanan manakala City 33 mata. – REUTERS

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");