Membawang Hari Ini

Marsha temui pengganti?

Kehadiran Marsha bersama jejaka kacak pada sesi tayangan Kahwin Lima, akhir tahun lalu, menarik perhatian.

Justeru, timbul pertanyaan, adakah pelantun Tentang Cinta itu sudah menemui pengganti.

“Saya akui berkawan dengannya, tapi hubungan kami tidaklah sampai tahap bercinta. Namanya Guntur Triyoga, dia pelakon dari Indonesia.

“Kebetulan kami berlakon bersama dalam telefilem Antara Bintang, Mimpi dan Cinta arahan Michael Ang dan dia berasa di sini ketika itu, serta mahu mengetahui mengenai industri kita, jadi saya bawa dia ke majlis tayangan filem Kahwin Lima.

“Hubungan kami nampak mesra, mungkin kerana kami bawa watak pasangan bercinta, jadi kerana itu saya rapat dengan dia. Saya harap tiada sesiapa yang salah sangka dengan hubungan kami,” ujarnya kepada Zass.

Tumpu persiapan album

Berkongsi mengenai perkembangan seninya, Marsha berkata, dia kini cuba meminimumkan menerima tawaran lakonan kerana mahu memberi perhatian kepada pembikinan album barunya.

Marsha berkata, dia berharap album barunya itu akan dilancarkan dan menemui peminat tahun ini juga.

“Buat masa ini saya merancang untuk merakamkan lima lagu. Salah satunya adalah duet bersama Randy Pangalila, Selalu Milikmu.

“Ada juga lagu ciptaan Ajai dan ciptaan saya sendiri. Jadi dengan mengurangkan penggambaran, saya harap ada masa untuk menjalani rakaman lagu,” ujarnya.

Marsha berkata, sempena tahun baru ini juga, dia berharap karier seninya akan berjalan dengan baik, dan cerita-cerita peribadi atau pun kontroversi dapat dikurangkan kerana dia mahu menjadi artis lebih bersih.

– SINAR HARIAN

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");