Sukan Hari Ini

Torres selamatkan Blues daripada dimalukan

Pemain Brentford, Marcello Trotta (tengah) meraikan jaringannya ketika menentang Chelsea pada pusingan keempat Piala FA di Griffin Park, London malam tadi. – REUTERS

LONDON – Jaringan pada lewat permainan oleh Fernando Torres menjadi penyelamat buat penyandang juara Chelsea daripada tersingkir pada pusingan keempat Piala FA menentang Brentford apabila bangkit untuk seri 2-2, semalam.

Torres menjaringkan gol penyamaan Blues pada minit ke-83 setelah pasukannya ketinggalan 1-2 ke atas kelab Liga Satu itu di Griffin Park.

Keputusan semalam menghidupkan peluang Chelsea untuk mempertahankan trofi Piala FA musim ini selepas gagal melangkah ke final Piala Liga apabila tewas menerusi agregat 0-2 kepada Swansea sebelum ini setelah terikat 0-0 pada separuh akhir kedua.

Pada perlawanan semalam, Chelsea dikejutkan dengan gol awal tuan rumah Brentford pada minit ke-42 hasil jaringan penyerang, Marcello Trotta.

Bermula babak kedua menyaksikan Chelsea mula mengatur rentak untuk mendapatkan gol penyamaan dan berjaya dilaksanakan apabila rembatan kencang Oscar tepat mengenai gawang Brentford pada minit ke-55.

Namun corak permainan skuad bimbingan Rafael Benitez seakan terganggu apabila Brentford dihadiahkan penalti selepas penjaga gol Chelsea, Ross Turnbull dilayangkan kad kuning kerana menjatuhkan pemain lawan di dalam kotak.

Penalti berjaya dimanfaatkan dengan baik oleh Brentford pada minit ke-73 hasil jaringan Harry Forrester sebelum Torres menyamakan kedudukan ketika perlawanan berbaki tujuh minit. – REUTERS

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");