Perak Hari Ini

75 Peratus Isu Rakyat Selesai Dalam Tempoh Empat Tahun

Sejak diperkenalkan empat tahun lalu, sebanyak 75 peratus daripada lebih 25,000 masalah yang dibangkitkan dalam program Hari Bertemu Rakyat berjaya diselesaikan oleh kerajaan negeri.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkata pelbagai isu yang dibawa oleh rakyat Perak dan bantuan sewajarnya disalurkan oleh kerajaan negeri bagi membantu mereka.

“Kebanyakan masalah yang tidak berjaya diselesaikan pula merupakan kes jangka panjang melibatkan konflik atau perbalahan antara beberapa rakan perkongsian.

“Kita tidak dapat selesaikan kes seumpama itu kerana melibatkan perundangan dan tentunya sukar untuk saya mengambil tindakan kerana ia berada dalam bidang kuasa undang-undang,” jelasnya.

Sementara itu, kehadiran warga emas Mariam Abdullah @ Ng Jee Cheng, 70, yang meminta bantuan baik pulih keadaan rumahnya yang rosak akibat dimakan anai-anai mendapat perhatian serta-merta daripada  Menteri Besar Perak.

Dr Zambry telah mengarahkan Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR) mengambil tindakan segera membantu masalah yang dihadapi wanita warga emas itu.

“Saya begitu simpati dengan kesempitan yang terpaksa dihadapi oleh Mariam dan sambil diiringi  tangisan, beliau menceritakan keadaannya dan memohon bantuan memperbaiki rumah,” katanya kepada pemberita.

Selain kes Mariam, beliau juga turut mendengar beberapa permasalahan lain daripada masyarakat yang hadir bertemu Menteri Besar dalam program yang dianjurkan pada hari Selasa, setiap minggu.

Program Hari Bertemu Rakyat merupakan pendekatan Menteri Besar untuk bertemu dan menyelami masalah rakyat dan secara purata, kira-kira 100 hingga 200  kes  dikendalikan membabitkan aduan daripada pelbagai lapisan masyarakat.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");