Sukan Hari Ini

Mickelson rangkul gelaran ke-41

MICKELSON memegang trofi Terbuka PGA AS Phoenix selepas menjuarainya kelmarin.

SCOTTSDALE, Arizona – Jaguh Amerika Syarikat (AS), Phil Mickelson meraih gelaran ke-41 dalam kariernya apabila muncul juara Kejohanan Golf Terbuka PGA AS Phoenix kelmarin.

Mickelson berjaya muncul juara dengan kelebihan empat pukulan, sekali gus membolehkannya membawa pulang hadiah kemenangan berjumlah AS$6.2 juta (RM19.20 juta).

Kejayaan itu juga menyaksikan Mickelson muncul pemain pertama yang mendahului seawal pusingan pertama dalam kejohanan utama selepas kali terakhir dilakukan oleh Rory McIlroy pada Terbuka AS 2011.

“Saya bermain dengan baik. Ini permainan sebenar saya dan sudah tentu saya amat gembira dapat melakukan yang terbaik dalam kejohanan sebesar ini.

“Ia amat penting untuk mula membina momentum terutama apabila Kejohanan Masters di Augusta semakin hampir.

“Anda perlu mula menyesuaikan diri dengan tekanan sebelum ke kejohanan itu,” ujar Mickelson yang juga juara tiga kali Masters.

Pada aksi kelmarin, Mic- kelson bermula agak hambar apabila membenam bogey di lubang kedua sebelum bangkit dengan birdie di lubang ketiga dan ketujuh.

Momentum Mickelson terus melonjak apabila dia sekali lagi berjaya melakukan birdie di lubang ke-13, 15 dan 17 sebelum mengakhiri saingan dengan catatan keseluruhan 28 bawah par 256.

“Saya agak gementar pada permulaan permainan. Apabila kamu tidak menang buat suatu masa, kamu amat menginginkannya.

“Saya terpaksa mengawal fikiran selepas pukulan tidak begitu baik di beberapa lubang awal. Selepas bogey, saya mula menumpukan corak pukulan yang perlu saya lakukan dan memperbaikinya,” jelasnya. – AFP

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");