Perak Hari Ini

Bangunan PICC India Siap Dibina

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata bangunan Dewan Perniagaan India Perak (PICC) bakal menjadi mercu tanda yang mampu menyatukan ahli perniagaan daripada kalangan masyarakat India di negeri ini.

Beliau berkata, PICC bakal menjadi pusat pertemuan ahli perniagaan mengadakan pertemuan serta perbincangan berhubung kedudukan ekonomi dan masa depan masyarakat India.

“Saya telah mengadakan lawatan ke Dewan Perniagaan India Perak ini dan berpuas hati kerana mereka berjaya menyiapkan bangunan ini melalui bantuan yang disalurkan oleh kerajaan negeri.

“Maka dengan adanya ibu pejabat ini, mereka boleh anjurkan pelbagai progam untuk ahlinya,” kata beliau lagi.

Zambry berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di bangunan baru PICC di Jalan Sultan Iskandar, sebentar tadi.

Dengan lokasi strategik kerana berada di tengah-tengah kawasan Little India, beliau berharap dewan perniagaan yang baru dibina itu akan digunakan sebaik-baiknya demi kepentingan memajukan masyarakat India.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, kerajaan negeri sentiasa berusaha menyelesaikan isu berkaitan masyarakat India termasuk membantu mengurangkan kadar kemiskinan di kalangan kaum India.

“Kita telah berbincang dengan pelbagai pendekatan dari masa ke semasa melalui penyertaaan mereka dalam proses pengupayaan khususnya memastikan masalah kemiskinan dapat di atasi melalui Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR),” katanya.

Setiap tahun, kerajaan negeri telah meletakkan sasaran dengan mengenal pasti peratus individu atau keluarga di kalangan masyarakat India yang perlu dibantu.

Walau bagaimanapun, Zambry berkata, beliau tidak mahu menggunakan angka sebagai indikator untuk menunjukkan tahap kemiskinan masyarakat India di negeri tersebut.

“Kita panggil cut off point apabila setiap tahun jika kita mengenal pasti terdapat 100 hingga 200 buah keluarga miskin di Perak….maka jumlah itu yang harus dibantu keluar dari kepompong miskin tegar,” jelasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");