Sukan Hari Ini

EPL: Liverpool ikat Manchester City 2-2

LONDON 4 Feb. – Manchester City ketinggalan sembilan mata di belakang pendahulu Liga Perdana Inggeris, Manchester United selepas hanya mampu seri 2-2 dengan Liverpool dalam perlawanan di tempat sendiri, semalam.

Penyandang juara itu dipaksa bangkit daripada ketinggalan sebelum menyamakan kedudukan menerusi gol cantik Sergio Aguero pada minit ke-78.

Terdahulu, Edin Dzeko membuka jaringan tuan rumah pada minit ke-23 tetapi Daniel Sturridge berjaya menyamakan kedudukan buat Liverpool enam minit kemudian, sebelum Steven Gerrard menjadikan kedudukan 2-1 pada minit ke-73.

Dalam satu lagi perlawanan, Tottenham Hotspur mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas West Bromwich Albion di tempat lawan. – AFP
– UTUSAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");