Perak Hari Ini

Tweet Terbaru Nizar Bukti PR Di Perak Semakin Terdesak: DS Zambry

“Biarlah tikus terjun dengan labu-labunya,”.

Demikian reaksi Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir terhadap analisis Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin bahawa Pakatan Rakyat (PR) akan memenangi lebih banyak kerusi Parlimen berbanding Barisan Nasional (BN) pada PRU-13.

Menurut beliau, sejak tahun 2008 lagi, puak pakatan sudah membuat pelbagai teori berhubung kedudukan mereka yang dikatakan bakal menang besar pada PRU-13.

Namun, ia menurutnya sekadar kenyataan untuk mengembalikan keyakinan terhadap rakyat terhadap pihak pembangkang.

“Biar mereka membuat andaian sendiri dan apabila mereka sebut lagi tinggi, itu menandakan Nizar sedang berada dalam keadaan terdesak.

“Saya lihat analisis itu sebagai “reverse psychology warfare’ di mana mereka tahu bahawa Barisan Nasional (BN) yang bakal memenangi kerusi itu nanti,” ujar beliau.

Beliau berkata demikan sebagai mengulas tweet Nizar yang menjangka PR bakal menang besar iaitu 18 daripada 24 kerusi Parlimen negeri terbabit selepas melawat bangunan baru Dewan Perniagaan India Perak (PICC) di Jalan Sultan Iskandar Shah, pagi tadi.

Sementara itu, Zambry ketika mengulas mengenai program kayuhan basikal anjuran ADUN Pasir Panjang dan pemimpin PR semalam, beliau menyifatkan pemimpin itu ketandusan idea sehingga terpaksa meniru pendekatan yang telah lama diperkenalkan oleh beliau.

“Biarlah dia tiru kalau dia mahu tiru… mungkin dia sudah tidak ada idea lain,” jelasnya.

Katanya, aktiviti berbasikal atau lebih dikenali sebagai Program Kayuhan Hijau bukan sesuatu yang baru bagi beliau kerana melalui program itu beliau berjaya menjadikan Ipoh sebagai bandaraya hijau.

“Saya berkayuh basikal di Ipoh dan berada di merata-rata tempat…ia bukan hanya kayuhan biasa tetapi saya datang kayuh sambil bekerja dan melihat dari segi keadaan kawasan berkenaan seperti longkang dan sebagainya,” jelasnya.

Walau bagaimanapun, beliau percaya masyarakat mampu menilai perbezaan pendekatan aktiviti kayuhan basikal anjuran Pakatan Rakyat dan Menteri Besar sendiri.

“Mereka berkayuh dengan bendera-bendera namun saya tidak berkayuh untuk perjuangkan parti atau menunjukkan parti siapa lebih baik seperti yang dilakukan mereka… saya berkayuh untuk bertemu dengan rakyat,” jelasnya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");