Sukan Hari Ini

Kita perlu menang menentang Yemen – Subahan

SUBANG – Semangat skuad kebangsaan dalam kelayakan Piala Asia 2015 di Australia masih belum padam walaupun mereka tewas kepada Qatar pada perlawanan pertama peringkat kumpulan.

Malah, pengurus Harimau Malaya, Datuk Seri Subahan Kamal cukup yakin anak-anak buahnya akan bangkit pada perlawanan kedua bertemu Yemen, 22 Mac ini.

Menurutnya, perjuangan mereka masih belum selesai dan skuad Harimau Malaya akan sedaya upaya untuk tidak tewas pada perlawanan kedua Kumpulan D menentang pasukan yang terkenal dengan nama jolokan Al-Yemen A?sa?eed di gelanggang sendiri dekat Stadium Shah Alam.

?Saya yakin mereka akan memberikan persembahan terbaik dalam pertemuan dengan Yemen. Saya tidak risau dalam perlawanan ini berbanding menentang pasukan yang lebih besar seperti Qatar dan Bahrain,” katanya ketika ditemui selepas sidang akhbar mengumumkan kunjungan Jelajah Chelsea ke Malaysia di sini, semalam.

Jelasnya, anak buahnya perlu menang bertemu pasukan bimbingan Tom Saintfiet itu kerana melihat kekuatan di atas kertas, kemampuan kedua-dua pasukan ini adalah sama kuat berbanding dua pasukan lagi yang menjadi pilihan dalam kumpulan tersebut.

?Kita perlu mencatatkan keputusan yang baik. Saya jangka kemenangan mampu untuk membawa kita kembali ke landasan terbaik, ranking tidak akan membawa makna apa-apa dalam perlawanan ini.

?Ada pasukan yang berada di ranking lebih baik dari kita tetapi kita mampu menang, jadi saya mengharapkan persembahan yang mantap dari anak buah saya,” katanya yang juga Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Subahan juga yakin skuad bimbingan jurulatih Datuk K. Rajagobal itu akan melakukan persediaan rapi menjelang perlawanan tersebut kerana lima hari sebelum itu, mereka akan bertemu Arab Saudi dalam perlawanan persahabatan di sini.

Ditanya mengenai penyenaraian ketua pasukan Kelantan, Mohd. Badhri Radzi, Subahan berkata, ia sesuatu yang positif buat pasukan kebangsaan memandangkan mereka sekarang ini berdepan dengan masalah kecederaan pemain tengah seperti S. Kunanlan dan K. Gurusamy.

?Kita akan memberi peluang kepada Piya dalam perlawanan persahabatan bertemu Arab Saudi nanti dan melihat sejauh mana kemampuannya.

??Dia memang bagus dalam saingan Liga Malaysia, saya tidak nafikan perkara itu. Sekarang kita memberi ruang kepadanya di peringkat antarabangsa pula.

?Dia sudah pasti memberi bantuan kepada pasukan kebangsaan, jika dia bermain dengan baik kita akan pastikan tempatnya dalam kesebelasan utama menjelang pertemuan dengan Yemen nanti,” katanya.
– UTUSAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");