Perak Hari Ini

Laporan Polis Dibuat Terhadap Ceramah Politik Di Masjid Kpg Expo

Penghulu Azam:-

Sudah menjadi budaya Masjid Kampung Expo, Kamunting, Perak mengadakan tazkirah politik setiap hari Jumaat sebelum khatib membaca khutbah.

Budaya ini telah lama diamalkan oleh masjid ini sejak Pas merampas pengurusan masjid melalui mesyuarat agung haram.

Ini berlaku pada awal tahun 2000.

Sejak itu masjid ini tidak pernah aman seperti sebelumnya. Di tambah pula dengan perpindahan masuk beberapa anak kariah Pas ke kampung ini iaitu Ustaz Osman Noh bekas PTB Kagat yang mempunyai dua kerakyatan iaitu Malaysia dan Thailand (Satun), Pak Mat Kastam pencen dan Ustaz Manolito bekas pegawai agama negeri di Majlis Islam Perak dan seorang lagi bekas pegawai Jabatan Perpaduan yang berhenti kerja secara tiba-tiba. Kini masjid ini berbangga kerana mempunyai seorang pengerusi yang bergelar Penghulu Azam.  Hanya beberapa orang sahaja orang kuat Pas menguasai masjid ini tetapi gahnya bukan main.

Kelmarin seperti biasa setiap Jumaat akan diadakan tazkirah politik oleh penceramah-penceramah jemputan dari luar kariah. Ia bermula seawal jam 12.00/12.30 dan kadang kala berakhir pada jam 1. 30 atau 1.40 tengah hari.

Jika Ustaz Osman Noh menjadi imam dan membaca khutbah, maka khutbahnya boleh meleret sehingga jam 2.15 petang dan baru lah solat Jumaat dimulakan. Ia mendatangkan kesusahan kepada pekerja-pekerja kilang dan lain-lain jabatan yang terpaksa bergegas semula untuk menyambung tugas mereka. Inilah yang berlaku apabila khatib tidak peka dengan keadaan.

Kelmarin satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Kamunting berhubung dengan satu tazkirah politik yang dibuat oleh seorang penceramah jemputan.

Kira-kira jam 1320HRS seorang penceramah politik telah mempersendakan insiden pencerobohan tentera Suluk di Lahad Datu Sabah sebagai sandiwara Najib dan beliau dengan tegas mengutuk Umno yang pada hematnya adalah dalang dan kejadian pencerobohan tersebut.

Dan gambar-gambar yang ditunjukkan dalam tv dan akhbar adalah pembohongan semata-mata yang dilakukan oleh Najib dan Umno.

Menyedari bahawa masjid telah disalah gunakan oleh jawatan kuasa yang dimonopoli oleh Pas, maka beberapa orang anak kariah telah pun membuat laporan polis dan mohon satu siasatan dibuat terhadap penceramah yang sengaja memutar belitkan kejadian di Lahad Datu untuk meraih kemenangan politik kepada parti Pas.

Tak cukup dengan itu, penceramah tersebut dikatakan telah melaungkan takbir ala Pas sebanyak 3 kali sebaik sahaja selesai solat Jumaat.

Dalam perkara ini, Penghulu Azam sebagai penjawat awam kerajaan negeri dan juga pengerusi masjid hendaklah berusaha menghentikan segala bentuk tazkirah dan aktiviti politik dalam masjid.

2 minggu lalu, pada 1 Mac, Nurul Izzah bt Anwar, pemimpin PKR telah turun ke masjid ini untuk menyampaikan ceramah politik dalam satu program Wanita (Muslimah ) Pas Perak yang berselindung dengan nama Majlis Munajat.

Persoalan sekarang, sampai bila masjid Kampung Expo akan menjadi alat propaganda Pas?

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");