Sukan Hari Ini

Rajagobal: Harimau Malaya kurang penyerang

KEKURANGAN sifat-sifat penyerang semula jadi menjadi punca kekalahan 4-1 skuad Harimau Malaya kepada Arab Saudi pada perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Shah Alam, kelmarin.

Ketua jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal berkata, ketiadaan penyerang berbisa, Mohd Safee Sali yang dilanda kecederaan serius memaksa beliau meletakkan Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo selaku penyerang tunggal pada perlawanan tersebut.

“Kita sekarang menghadapi masalah kekurangan penyerang semulajadi seperti Mat Yo, manakala pemain-pemain lain seperti Mohd Amri Yahyah dan Azamuddin Mohd Akil pula lebih sesuai dalam posisi sayap dan tengah.

“Saya berharap Wan Zack Haikal Wan Nor yang masih cedera mampu pulih untuk memperkukuhkan lagi jentera serangan menjelang aksi menentang Yemen, Jumaat ini,” katanya selepas perlawanan tersebut.

Skuad Harimau Malaya akan menentang Yaman pada perlawanan kedua kumpulan D pusingan kelayakan Piala Asia 2015, Jumaat ini.

-SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");