Perak Hari Ini

DS Zambry Mengadap Raja Muda Perak Petang Ini

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan mengadakan sidang akhbar di kediaman rasminya kira-kira jam 5 petang ini berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Beliau yang Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri sebelum itu akan mengadap Pemangku Sultan Perak, Raja Dr Nazrin Shah di Istana Iskandariah, dekat Kuala Kangsar pada jam 2.30 petang nanti.

Pada jam 11.30 pagi tadi, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada sidang akhbar yang disiarkan secara langsung mengumumkan pembubaran Parlimen selepas mendapat perkenan daripada Yang Dipertuan Agong.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kali terakhir bagi penggal ini, Zambry berkata BN Perak kini sudah bersiap sedia untuk menghadapi PRU-13.

Katanya, senarai calon sudah hampir dimuktamadkan dan pengumuman rasmi akan dibuat Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN.

“Saya kini hanya menunggu arahan daripada Perdana Menteri untuk mengumumkan senarai calon dan kita juga akan umumkan manifesto BN Perak selepas manifesto peringkat Pusat diumumkan oleh Pengerusi BN nanti,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");