Perak Hari Ini

Rosli Yakin BN Rampas Semula Kerusi Changkat Jering

Percakaran yang berlaku antara PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) berikutan perebutan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Changkat Jering dilihat sebagai satu kelebihan buat Barisan Nasional (BN) merampas kerusi berkenaan daripada tangan pembangkang.

Perpecahan yang berlaku sesama mereka semakin ketara apabila kerusi milik PKR itu terpaksa dilepaskan kepada PAS yang meletakkan Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin sebagai calon.

Walaubagaimanapun, strategi yang digunapakai oleh bekas Menteri Besar untuk bertanding di DUN Changkat Jering tidak begitu kena apabila kepimpinan BN turut meletakkan calon bukan calang-calang pengaruhnya, Datuk Rosli Husin sebagai pencabarnya dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

Jawatan sebagai Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang disandang beliau mampu memberi kelebihan buat BN untuk merampas kembali kerusi tersebut daripada pembangkang.

“Keputusan pucuk pimpinan memilih saya untuk bertanding di Changkat Jering barangkali berdasarkan firasat mereka sayalah yang  boleh menewaskan Nizar,” katanya.

Selaku anak jati di Changkat Jering, ia juga memberi kelebihan kepada Rosli apabila rata-rata penduduk tempatan sudah pun mengenali keperibadian beliau yang selalu dilihat turun padang dalam sebarang majlis kemasyarakatan.

“Jika ada kenduri-kendara, kematian atau apa sahaja yang berlaku saya mesti turun padang tambahan pula saya sebagai Ketua UMNO Bahagian.

“Beri peluang kepada saya untuk berkhidmat kepada rakyat di Changkat Jering setelah berpeluang memberi khidmat di DUN luar tempat tinggal saya,” katanya.

Rosli merupakan penyandang kerusi DUN Trong yang juga di bawah Parlimen Bukit Gantang yang dimenangi BN selama dua penggal berturut-turut.

Mengulas mengenai pencabarnya, Rosli berkata pindahnya penyandang kerusi DUN Pasir Panjang dan Parlimen Bukit Gantang ke DUN Changkat Jering tidak mungkin melenyapkan perbuatan beliau terhadap rakyat yang pernah memilih beliau suatu ketika dahulu.

“Pihak lawan ternyata menjalankan tugas sebagai wakil rakyat dengan baik kerana segala permasalahan yang dihadapi gagal diselesaikan malah saya dipertanggungjawab ke atas kesemua masalah tersebut,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan rakyat supaya tidak tertipu buat kali kedua dengan pembangkang khususnya Nizar kerana terbukti mereka gagal menjalankan tugas dengan baik selama tempoh diberikan mandat.

 

 

 

 

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");