Isu Panas

Tsunami politik bakal landa Kelantan

Barisan Nasional (BN) Kelantan dijangka mengumumkan manifestonya esok atau selewat-lewatnya Rabu ini.

Pengerusinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed (gambar) memberitahu perkara itu selepas program Bicara Transformasi Minda di Dewan Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Kelantan di Kota Bharu, semalam.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, Kelantan akan mempunyai tambahan manifesto selaras dengan tujuh janji yang dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Pusat Transformasi Luar Bandar Tunjong baru-baru ini.

“Pengumuman mengenai manifesto Kelantan akan dibuat seawal Selasa (esok) atau paling lewat Rabu.

“Sudah pasti isu di dalamnya adalah tujuh janji Perdana Menteri. Ia setebal 20 muka surat dan kita akan cetak 200,000 hingga 300,000 salinan,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Mustapa yakin ‘tsunami politik’ bakal melanda Kelantan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) setelah Kerajaan Pas Kelantan memerintah selama 23 tahun.

Mustapa berkata, sasaran untuk menguasai lapan kerusi Parlimen dan 23 Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak mustahil untuk dicapai dengan mengambil kira keadaan semasa dan prestasi BN pada PRU 2004.

“Kita buat sasaran ini sebab pernah menang sembilan kerusi Parlimen pada 2004 dan melihat perkembangan di bahagian tertentu, maka kita rasa ia bukan perkara mustahil malah saya masih mempertahankan sasaran 23 kerusi DUN,” katanya. DUN Kelantan mempunyai 45 kerusi.

– KOSMO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");