Sukan Hari Ini

Bookie: TMJ sedia bantu KJ

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyambut baik tindakan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang sedia mengambil langkah-langkah positif banteras gejala mengatur perlawanan bola sepak (bookie).

Beliau sedia menjalinkan kerjasama erat dengan Kementerian Belia dan Sukan membantu atasi gejala bookie yang semakin membimbangkan sejak akhir-akhir ini.

Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu turut berkata, selepas lebih setahun memperjuangkan isu bookie, akhirnya ada menteri yang sudi memandang positif perkara itu.

“Saya ucapkan syabas kepada Khairy Jamaluddin yang berusaha membanteras isu bookie ini. Sudah lebih setahun, sejak ambil alih PBNJ saya telah perjuangkan isu ini dan baru sekarang melihat tanda positif. Saya bersyukur,” katanya.

Ditanya mengenai saranan kementerian itu supaya semua persatuan bola sepak negeri menubuhkan jawatankuasa integriti masing-masing, Tunku Ismail bertitah, PBNJ antara yang pertama menubuhkan jawatankuasa itu.

“Saya dah buat sejak setahun lalu lagi. Johor adalah negeri pertama. Harap saya dan Khairy boleh bekerjasama banteras gejala ini daripada berleluasa,” katanya.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");