Perak Hari Ini

DS Zambry Pengerusikan Mesyuarat Pertama Bersama Exco, Ketua Jabatan

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir hari ini mempengerusikan mesyuarat pertamanya bersama barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) dan ketua-ketua jabatan di Bangunan Perak Darul Ridzuan, dekat Ipoh kira-kira jam 8.30 pagi tadi.

Dalam mesyuarat itu, dua perkara utama ditekankan oleh Zambry iaitu kerjasama antara barisan exco yang dilantik dengan pihak ketua-ketua jabatan dapat diperkukuh atau dieratkan lagi.

Selain itu, beliau juga berharap kesemua mereka dapat terus bekerjasama sebagai satu pasukan untuk membangunkan negeri Perak.

Sabtu lalu, sembilan Exco mengangkat sumpah jawatan di hadapan Pemangku Raja Perak di Istana Iskandariah, dekat Kuala Kangsar dengan menampilkan tiga muka lama dan mengetengahkan enam muka baru.

ADUN Kota Tampan, Datuk Saarani Mohamad dilantik sebagai Pengerusi Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

ADUN Kamunting, Datuk Mohamad Zahir Abd Khalid memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air.

Manakala ADUN Ayer Kuning, Datuk Samsudin Abu Hassan dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna, Sumber Manusia dan Masyarakat Sivil (NGO).

Mohd Nizar Zakaria yang memenangi kerusi DUN Belanja pada PRU-13 lalu dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

ADUN Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya pula dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia manakala ADUN Batu Kurau, Dr Muhammad Amin Zakaria dilantik memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau.

Selepas lebih 10 tahun, Perak kembali mempunyai dua exco wanita apabila ADUN Behrang, Datuk Rusnah Kassim dilantik memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Integrasi Nasional manakala Exco Puteri UMNO yang juga ADUN Tualang Sekah, Nolee Ashilin Mohamed Radzi diberi kepercayaan memikul tugas sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pelancongan dan Kebudayaan.

Satu lagi jawatan exco dikosongkan untuk ADUN Chenderiang, Datuk Dr Mah Hang Soon, satu-satunya wakil MCA di negeri Perak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");