Jenayah

Lelaki temui ajal dihempap lori

LUNAS – Cubaan seorang pemandu lori menyelamatkan diri setelah lori muatan pasir yang dipandunya itu terbabas gagal, apabila secara tiba-tiba dihempap kenderaannya itu.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, kejadian berlaku di Jalan Titi Karangan menuju ke Baling berhampiran Ladang Bukit Selarung kira-kira jam 9 pagi semalam.

Menurutnya, ketika kejadian lori yang dipandu lelaki berusia 42 tahun itu rosak apabila tayar belakang sebelah kiri lori patah sebelum tercabut.

“Ini mengakibatkan mangsa gagal mengawal kenderaan sebelum terbabas ke tepi jalan.

“Dari siasatan dijalankan mendapati punca kerosakan pada lori berlaku apabila muatan dibawa terlalu berat. Mangsa cuba menyelamatkan diri bagaimanapun gagal apabila lori itu menghempapnya dan mangsa maut di tempat kejadian,” katanya.

Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Kulim untuk dibedah siasat.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");