Perak Hari Ini

Ketua Pemuda UMNO Bagan Serai Meninggal Dunia

Ketua Pemuda Umno Bahagian Bagan Serai, Sharudin Ahmad yang koma sejak kelmarin meninggal dunia di Hospital Taiping akibat jangkitan kuman pada jam 8.40 malam tadi.

Perkara itu disahkan oleh Ketua UMNO Bahagian, Datuk Zaili Cha ketika dihubungi Peraktoday.com.

Kelmarin, Sharudin yang juga calon BN bagi DUN Selinsing pada PRU-13 lalu dimasukkan ke hospital berkenaan untuk mendapatkan rawatan lanjut selepas mengalami jangkitan kuman.

Sebelum itu, beliau menerima rawatan awal di Hospital Columbia Asia, dekat Taiping.

Doktor yang merawat Sharudin mengesahkan beliau mengalami jangkitan kuman dan keadaannya semakin kritikal apabila kuman merebak ke jantung dan buah pinggang.

Sementara itu, Adun Alor Pongsu, Datuk Sham Mat Sahat memaklumkan ketika ini urusan membawa pulang jenazah sedang dilakukan keluarga Allahyarham Sharudin sebelum dibawa pulang ke rumahnya di Batu 10, Jalan Taiping.

Semalam, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir; Adun Alor Pongsu, Datuk Sham Mat Sahat; Bendahari Umno bahagian, Zaini Cha; Naib Ketua Umno bahagian Parit Buntar, Abu Bakar Md Ali dan Ketua Wanita Umno bahagian, Hasmah Hashim melawat Sharudin di Hospital Taiping untuk mengetahui keadaannya.

Sepanjang perkhidmatannya dalam bidang politik, Sharudin dianggap antara pemimpin muda yang agresif dan progresif di Perak terutama dalam memfokuskan pada program memperkasakan belia di Kerian.

Sharudin yang bertanding di Dun Selinsing pada PRU13 buat kali pertama tewas di tangan penyandang kerusi itu, Husin Din dengan majoriti 809 undi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");