Perak Hari Ini

PRU-13: BN Perak Menang 31 Kerusi DUN, Zambry Pertahan DUN Pangkor

Barisan Nasional (BN) Perak kembali semula membentuk kerajaan selepas memenangi 31 daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir di kediaman rasmi Menteri Besar di Ipoh, kira-kira jam 1.50 pagi tadi.

Pada PRU-12, BN hanya memperoleh 28 kerusi DUN, sekaligus memberi laluan kepada Pakatan Rakyat untuk membentuk pada 2008.

Dalam ucapannya, Zambry menegaskan seiring dengan falsafah Janji Ditepati, BN Perak berikrar akan terus berkhidmat kepada rakyat selepas diberi mandat pada PRU-13.

“Pada PRU-13, rakyat membuat keputusan untuk memberi 31 kerusi DUN kepada BN dan 12 daripada 24 kerusi Parlimen yang dipertandingkan.

“Kemenangan tipis ini membolehkan BN membentuk semula kerajaan di Perak untuk tempoh lima tahun akan datang,” katanya lagi.

Zambry turut menzahirkan terima kasih kepada rakyat kerana memberi kemenangan kepada BN Perak walaupun dengan kemenangan majoriti yang tipis.

“Pada 2008, BN hanya menang 28 kerusi tetapi pada PRU-13, kita dapat tambah tiga lagi kerusi menjadi 31 kerusi DUN,” tegasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");