Isu Panas

PRU13: Najib tiba di Bilik Gerakan PRU-13, Menara Dato Onn

Datuk Seri Najib Razak tiba di Bilik Gerakan Pilihan Raya Umum (PRU-13) BN di Menara Dato Onn sebentar tadi.

Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN itu akan mengikuti keputusan PRU sebelum mengadakan sidang media bagi memaklumkan keputusan terkini parti yang memerintah negara sejak 55 tahun itu.
Beliau juga dijangka menghubungi kepemimpinan BN negeri untuk mendapatkan perkembangan mengenai peluang parti di peringkat negeri.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta kepemimpinan tertinggi BN yang lain.

– BERITA HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");