Kolumnis

Struktur Semula BR1M, Utamakan Komuniti Mengenang Jasa

BERBANDING pilihanraya umum yang lepas, sasaran pembangkang dalam PRU kali ini adalah untuk menumbangkan kerajaan sedia ada dan mengangkat mereka sendiri sebagai kerajaan di peringkat Persekutuan.

Hasrat itu bagaimanapun digagalkan oleh kecemerlangan BN yang menguasai 133 kerusi parlimen berbanding 89 di pihak pembangkang.

Sementara bagi negeri, BN mengekalkan penguasaan di semua negeri yang dimenangi sebelum ini, malah berjaya pula menawan Kedah yang dulu ditadbir PAS.

Ini semua hasil transformasi kerajaan yang diperkenalkan Datuk Seri Najib Tun Razak sejak mula mengambil alih jawatan pada 3 April 2009. Najib yang dulu dikutuk sebagai Perdana Menteri tanpa mandat kerana memperolehi jawatan tersebut melalui peralihan kuasa (bukan pilihanraya), kini boleh berbangga kerana usaha sulungnya memimpin BN mengepalai pilihanraya umum berjaya memastikan pembangkang gagal dalam usaha mereka untuk merampas Putrajaya.

Antara program transformasi yang berjaya dilaksanakan di negara ini ialah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

BR1M adalah sebahagian proses penstrukturan semula subsidi di negara ini agar kumpulan yang betul-betul memerlukan mendapat nikmat dari program bantuan kerajaan. Tapi setelah 2 program seumpamanya dijalankan, kita lihat ada kelompok yang tidak layak, turut menerima laba dari program BR1M ini.

Antara punca yang penulis kenal pasti ialah, kebanyakan orang dari komuniti tertentu adalah mereka yang bekerja sendiri, meniaga dan sebagainya. Sudah tentu kelompok orang seperti ini, tidak mencarum dalam KWSP atau membayar cukai pendapatan dan dengan itu rekod kewangan mereka sukar ditentukan. Kalau mereka memperolehi pendapatan lebih dari jumlah pendapatan isi rumah minimum yang ditetapkan untuk layak menerima BR1M sekalipun,bagaimana kita nak tahu?

Sebab itu banyak rungutan yang diterima sebelum ini mengenai tindakan sesetengah penerima BR1M yang datang dengan kereta mewah untuk mengambil wang masing-masing. Bagaimana mereka layak menerima BR1M kalau mampu membawa kereta mewah?

Ini yang kerajaan perlu fikirkan semula, bagaimana untuk memastikan hanya mereka yang benar-benar layak sahaja diberikan kemudahan BR1M ini.

Penulis sendiri ada cadangan. Antara lain, penulis mencadangkan rekod kewangan setiap penerima perlulah diteliti dengan mendalam serta meliputi semua perkara berkaitan seperti akaun bank, pinjaman dan sebagainya. Jumlah harta penerima perlu disahkan berada dalam kategori yang dikirakan layak untuk menerima BR1M.

Sistem itu sebenarnya sudah sedia ada dalam industri perbankan kita, terutama dalam soal memproses pinjaman.

Kerajaan hanya perlu mengadaptasi sistem yang sama untuk tujuan pemberian wang BR1M ini.

– PESONA IMPIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");