Jenayah

Dua pegawai SPRM dan seorang bayi maut dalam kemalangan

LABUAN: Dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan seorang bayi lelaki berusia dua tahun terbunuh dalam kemalangan membabitkan dua buah kereta di Jalan Tun Mustapha, berdekatan Kampung Jawa di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Labuan, Superintendan Adzhar Othman berkata dalam kemalangan 11.40 malam itu, Toyota dinaiki dua pegawai SPRM itu terbabas lalu bertembung dengan kereta Kancil sebelum merempuh tiang lampu.

Beliau berkata, Kancil dipandu seorang lelaki dan tunangnya serta bayi tersebut adalah anak saudara kepada lelaki berkenaan.

Adzhar berkata, pemandu kereta Kancil dan tunangnya dimasukkan ke hospital disini manakala tiga mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

Beliau berkata, anggota Bomba dan Penyelamat terpaksa dipanggil untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kereta berkenaan. Bagaimanapun, identiti mangsa tidak diberikan.

-BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");