Jenayah

Remaja dalang geng samun

 

KUALA LUMPUR: Kejadian samun membabitkan kedai serbaneka 24 jam di daerah Brickfields dikesan dilakukan kumpulan remaja bersenjatakan parang.

Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner, Muhammad Az Lee Abdullah berkata, berdasarkan siasatan dan beberapa siri tangkapan mendapati suspek menyamun kedai serbaneka pada tengah malam atau awal pagi yang ditahan adalah remaja lelaki berusia 19 tahun ke bawah.

“Polis sentiasa melakukan rondaan dan pemantauan bagi mencegah berlaku samun. Namun, orang ramai perlu bekerjasama dalam membanteras jenayah.

“Jenayah berlaku apabila ada peluang. Kebiasaannya suspek yang mahu melakukan jenayah seperti pecah masuk, ragut dan samun menyasarkan orang awam yang berjalan seorang diri di kawasan gelap,” katanya selepas merasmikan Kempen Pencegahan Jenayah di stesen minyak Shell Kuchai Entrepreneurs Park, di sini, semalam.

Beliau berkata, kedai serbaneka yang beroperasi 24 jam turut menjadi sasaran penjenayah malah, usaha polis menangani jenayah terbabit dengan melakukan pemeriksaan berjaya menahan suspek yang rata-ratanya terdiri daripada remaja.

-myMetro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");