Perak Hari Ini

Jenazah bapa tiri MB Perak selamat disemadikan

Jenazah Allahyarham Jaafar Long, bapa tiri Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang meninggal dunia akibat sakit tua selamat disemadikan hari ini.

Jenazah Allahyarham Jaafar, 75, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Masjid di Pulau Pangkor kira-kira 1 tengah hari selepas disembahyangkan di Masjid Raja Muda Bayang kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah berkenan menziarahi jenazah.

Selain Zambry dan isteri, Datin Seri Saripah Zulkifli, turut hadir ialah beberapa exco kerajaan negeri, ahli Dewan Undangan Negeri dan pegawai kanan kerajaan negeri.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Angkatan Tertera, Lumut pada jam 7.50 malam tadi di samping isteri Saidatul Badru Abdul Kader, 72, dan empat anaknya.

Zambry berada di Kuala Lumpur atas urusan rasmi ketika Allahyarham menghembuskan nafas terakhir.

– BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");