Sukan Hari Ini

Jerebu tak ganggu jadual perlawanan Lions XII-JDT

PERLAWANAN Liga Super antara Lions XII menentang Johor Darul Takzim (JDT) yang berlangsung malam esok di Stadium Jalan Besar Singapura akan diteruskan seperti biasa.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), berkata kedua-dua pasukan yang akan bermain di venue pertandingan dengan tahap pencemaran udara melebihi 100 PSI dibenarkan meneruskan permainan dengan syarat, hendaklah menandatangani akujanji.

Akujanji tersebut menyatakan bahawa kedua pasukan akan menanggung apa-apa kesan yang timbul dari perlawanan itu.

“Permainan bagaimanapun akan dijalankan pada waktu malam di mana tahap pencemaran udara adalah kurang berbanding waktu siang.

“Jika ditunda, perlawanan akan berlangsung pada bulan puasa, dan kita tidak menggalakkan ia dimainkan pada bulan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan kepada media, hari ini.

Keputusan dibuat selepas Mesyuarat Khas Jawatankuasa Pertandingan Tempatan yang berbincang mengenai masalah tahap pencemaran udara (jerebu) yang melanda kedua negara.

Menurut kenyataan tersebut, segala persiapan sudah dilakukan termasuk tempahan bagi urusan keselamatan di venue berkenaan yang dibuat lebih awal.

“Tiket perlawanan juga sudah habis dijual. Jadi perlawanan tetap perlu diteruskan kerana ia penting untuk menentukan kedudukan pasukan,” katanya.

Sementara itu, FAM menasihatkan agar perlawanan yang dijadual berlangsung pada jam 4.45 petang dilangsungkan pada waktu malam.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");