Membawang Hari Ini

Tokak: Lagi filem komedi seram

PERKATAAN Tokak mungkin agak asing bagi masyarakat Melayu tetapi bukan asing bagi kalangan anak jati Melayu Kedah.

Diinspirasikan dari perkataan itu, Datuk Marina Mahammad seterusnya menghasilkan skrip filem Tokak yang bermaksud gigitan.

Setelah terperap hampir dua tahun, filem Tokak akhirnya menemui penonton semenjak 20 Jun lalu.

Ia berkisar tentang  pengurus hotel, Iskandar yang menjumpai kotak misteri ketika berjoging di tepi pantai. Apabila Iskandar membuka kotak misteri itu, satu roh jahat meresapi tubuhnya. Itu adalah jelmaan puaka dari Sungai Raya, terlepas daripada sumpahan dan memasuki tubuh Iskandar.

Bagi memulihkan wajah Iskandar seperti asalnya, dia disyaratkan untuk membunuh dan menghirup darah enam wanita yang melakukan kemaksiatan dalam tempoh satu malam, bermula dari azan Maghrib sehinggalah azan Subuh.

Insiden itu menyebabkan kejadian pelik berlaku di hotel yang diuruskan oleh Iskandar. Pengunjung hotel diganggu makhluk halus. Makhluk itu menokak wanita yang melakukan maksiat termasuk tunang Iskandar. Ada antaranya yang meninggal dunia akibat ditokak makhluk halus itu.

Kemunculan Ustaz Haikal untuk mencegah perbuatan itu berjaya menyelamatkan tunang Iskandar daripada menjadi mangsa tokak yang terakhir. Akhirnya, Iskandar dapat diselamatkan dan kotak misteri itu dicampakkan ke laut oleh Ustaz Haikal.

Diarahkan oleh Sabree Fadzil, filem sulung terbitan daripada MAR Energetic Industries Sdn Bhd ini menggandingkan muka lama dan baru seperti Airis Yasmin, Diana Johor, Faiz Raja Lawak, Julia Ziegler, Abon, Kazar, Lana Nordin dan Sabree sendiri.

Menjalani penggambaran sekitar Kemensah, Hulu Klang dan Port Dickson pada Mac 2011, filem yang menelan belanja RM1.5 juta ini membawa mesej mengenai betapa pentingnya mencegah kemungkaran, lebih-lebih lagi maksiat.

Tidak sekadar menyelitkan elemen seram semata-mata, Sabree juga tidak lupa menyelitkan babak komedi yang ada kalanya amat mencuit hati.

Ia seterusnya dapat meredakan ketakutan penonton dalam mengikuti jelmaan tersebut memburu mangsa-mangsanya.

Bagi mengetahui apakah yang akan terjadi kepada ke semua mangsa itu dan apa kesalahan yang dilakukan mereka sebelum menjadi mangsa, jangan lupa saksikan Tokak di pawagam berdekatan anda.

-SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");