Perak Hari Ini

Lagi Laporan Polis Terhadap Individu Hina Yang Dipertuan Agong

Pergerakan Pemuda UMNO Ipoh Barat dan 20 badan bukan kerajaan (NGO) di Perak hari ini membuat laporan polis terhadap dua individu yang didakwa menghina Yang Dipertuan Agong, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah menerusi akaun media sosial Twitter dan Facebook, kelmarin.

Pemilik akaun Twitter, twithandle@10befiend atau dikenali sebagai Effi Obediend menyamakan YDPA dengan panggilan “Pakcik Anjing Kedah” dan “Patung Kerajaan”.

Manakala pemilik akaun Facebok yang dikenali sebagai Melissa Gooi membuat kenyataan menyebut “dia boleh muntahkan semula makanan yang dimakan pada waktu pagi, tengahari dan malam semasa mendengar baginda bertitah”.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Ipoh Barat, Syamsul Baharin Putra Ahmad Shabi, berkata status kerakyatan kedua-dua individu ini harus dilucutkan dengan serta-merta.

Katanya, ini kerana mereka berdua secara terang-terangan mencabar institusi diraja serta tidak menghormati YDPA.

“Perbuatan ini secara tidak langsung boleh menganggu-gugat perpaduan antara kaum serta mencetuskan krisis yang melampaui batas jika tidak ditangani segera,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Senam, dekat Ipoh,

Syamsul juga menjelaskan, perbuatan biadap itu harus dibendung untuk menjamin kedaulatan negara pada masa akan datang.

Beliau juga menzahirkan rasa terkejut di atas tindakan biadap kedua-dua individu berkenaan yang sanggup melemparkan ungkapan kesat sedemikian rupa.

“Saya yakin lebih ramai lagi yang akan tampil membuat laporan polis berhubung kes ini, ” jelas beliau lagi.

Syamsul Baharin Putra menegaskan pihaknya mahu pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap individu-individu yang tidak bertangungjawab ini bagi menjamin ketenteraman awam.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");