Berita Hari Ini

Lapangan Terbang Kendalian MAHB Beroperasi Seperti Biasa

KUALA LUMPUR:  Operasi di semua lapangan terbang kendalian Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) di seluruh negara berjalan seperti biasa walaupun jerebu teruk melanda ketika ini, kata Pengurus Besar Kanan Perkhidmatan Operasi MAHB, Datuk Azmi Murad.

Beliau berkata operasi diteruskan kerana jarak penglihatan ketika ini adalah kira-kira 1,000 meter iaitu masih selamat.

“Jika jarak penglihatan kurang daripada 300 meter maka Jabatan Penerbangan Awam (DCA) akan mengarahkan penutupan landasan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini Ahad.

Azmi bagaimanapun berkata MAHB akan terus memantau keadaan bagi memastikan semuanya berjalan lancar.

Antara lapangan terbang kendalian MAHB ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur; Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu; Lapangan Terbang Antarbangsa Kuching; Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi; Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang; Lapangan Terbang Melaka; Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah, Kuantan dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu.

Sementara itu pegawai khidmat pelanggan di Lapangan Terbang Senai, Akilah Hassan ketika dihubungi memaklumkan operasi di lapangan terbang itu berjalan seperti biasa walaupun darurat jerebu diisyitihar di Muar dan Ledang.

Lapangan Terbang Senai di Johor dikendalikan Senai Airport Terminal Services Sdn Bhd.

-BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");