Jenayah

Maritim Kelantan tahan 3 bot asing nilai RM6 juta

PASIR PUTEH: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Kelantan menahan tiga buah bot laut dalam nelayan asing dianggar bernilai lebih RM6 juta bersama 44 awak-awak dan tiga tekong kerana menceroboh perairan negara kira-kira pukul 12.30 tengah malam kelmarin.

Ketua Penguat Kuasa Maritim Kelantan, Kapten Maritim Wan Burhanuddin Jusoh berkata, bot terbabit ditahan melalui Ops Perkasa Timur Siri Ke-72 diketuai Leftenan Komander Norhafizi Mohd. Rafiq bersama 16 anggota pada kedudukan 57 batu nautika di Timur Laut Tok Bali.

Menurutnya, nelayan asing yang dipercayai dari Vietnam itu tidak memiliki sebarang pengenalan diri dan bot yang digunakan tiada permit menangkap ikan yang sah.

Beliau berkata, kehadiran Kapal Maritim (KM) Jujur tidak disedari ketiga-tiga bot terbabit yang menangkap ikan di sekitar Pelantar Minyak Perawit disebabkan keadaan berjerubu dan kabus tebal ketika itu.

“Kesemua bot terbabit disyaki menyamar dengan menggunakan nombor pendaftaran bot nelayan tempatan iaitu KNF7807, KNF7832 dan KNF7826 bagi mengaburi pihak berkuasa termasuk mengibarkan bendera Malaysia.

“Bagaimanapun anggota maritim yang sudah lali dengan taktik sedemikian berjaya mencekup mereka bersama hasil tangkapan dan dibawa ke Pusat Tahanan Vesel Maritim di Tok Bali petang semalam,” katanya ketika ditemui pemberita di Pangkalan Operasi Maritim Malaysia Kelantan di Tok Bali hari ini.

– UTUSAN ONLINE

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");