Sukan Hari Ini

Masalah siku tidak halang Woods ke Terbuka Britain

Tiger Woods terpaksa melupakan beberapa kejohanan sebelum bermulanya Terbuka Britain bulan depan ekoran masalah kecederaan pada sikunya.

Dia mula merasai ketegangan pada sikunya sebelum Kejohanan Terbuka AS di Merion dan ramai yang menyedari ketika itu Woods kerap menggoyang-goyangkan lengan kirinya.

“Saya telah mendapatkan ujian perubatan dan doktor yang memeriksa mendapati siku kiri saya mengalami ketegangan.

“Saya telah dinasihatkan berehat beberapa minggu dan menjalani rawatan. Namun, saya akan beraksi pada Terbuka Britain,” kata Woods.

– AGENSI

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");