Laporan Eksklusif

Faktor Usia Bukan Penghalang Kejayaan Iman Amanda

PENGASAS Tutti Frutti di kota metropolitan London, Iman Amanda Nasim tidak pernah menganggap faktor usia muda sebagai penghalang buatnya menceburi bidang perniagaan yang mempromosikan makanan sihat yang sesuai di semua peringkat umur.

Buktinya pada usia 19 tahun lagi, gadis kecil tetapi berjiwa besar ini berjaya menyakinkan pesaingnya untuk menceburi bidang perniagaan ini, sekaligus membuka cawangan Tutti Fruitti pertama di benua Eropah pada 2011.

Hari ini, Iman Amanda merupakan salah seorang daripada empat pengarah Tutti Fruitti di London dengan membuka cawangan pertamanya di Convert Garden yang terletak di Covent Gardent, London, sekali gus menjadi pemegang lesen utama jenama tersebut di United Kingkom di bawah pengurusan Tutti Frutti (UK) Ltd.

Kejayaan itu merupakan sebahagian daripada pengalaman yang dikongsikan Iman Amanda yang pernah menuntut dalam jurusan Kewangan dan Ekonomi di York University, (UK) pada Forum Menyerlahkan Potensi Usahawan Wanita: Memecah Tembok Halangan anjuran Persatuan Usahawan Wanita Kazakhstan di Hotel Radisson, dekat Astana, kelmarin.

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor diberi penghormatan menyampaikan ucaptama sempena forum itu yang dihadiri kira-kira 100 usahawan wanita berjaya di Kazakhstan.

Forum yang julung-julung kali diadakan membabitan Kazakhstan-Malaysia itu bertujuan mengeratkan kerjasama usahawan wanita kedua-dua belah negara terutamanya dalam industri kecil dan sederhana (IKS).

Sementara itu, Iman Amanda menegaskan, selain beroperasi di kota London, beliau turut berminat untuk melebarkan sayap perniagaannya di Kazakhstan di masa akan datang.

“Saya ingin menggalakkan lebih ramai golongan wanita menceburi bidang perniagaan dan mereka seharusnya melengkapkan diri masing-masing dengan ilmu pengetahuan serta kemahiran yang mencukupi.

“Jika ini dapat dilakukan, saya percaya faktor usia tidak akan menjadi penghalang untuk kaum wanita berjaya dalam dunia perniagaan,” katanya.

Kejayaan Iman Amanda ini seharusnya menjadi contoh kepada usahawan wanita di seluruh dunia untuk berjaya dalam perniagaan yang diusahakan.

Ini kerana, cawangan pertama yang dibuka itu adalah yang pertama di UK dan Eropah serta terbesar di dunia dengan keluasan hampir 2,000 kaki persegi di mana boleh memuatkan sehingga 50 orang dalam satu masa.

Kejayaan gadis manis ini bersama tiga lagi anak muda berjaya mengharumkan nama negara di kota metropolitan, London.

Setelah lebih setahun beroperasi, Tutti Frutti UK kini memiliki tiga cawangan iaitu di Covent Garden, Whiteleys Bayswater dan Princes Street Edinburgh, Scotland serta sebuah francais di Brighton.NFO

-Tutti Frutti adalah jenama yang berasal dari California, Amerika Syarikat.
-Sehingga kini, Tutti Frutti mempunyai lebih 600 cawangan di 24 negara seluruh dunia.
-Di Malaysia, Singapura,Kemboja, Brunei,Thailand, Timur Tengahdan negara Afrika, Naza Tutti Frutti (M) Sdn Bhd adalah pemegang lesen utama untuk jenama tersebut.
-Memiliki lebih 50 perisa, antara perisa paling laris di Tutti Frutti UK adalah laici dan keladi.
-Tutti Frutti UK juga pernah menaja sebuah pasukan sempena perlumbaan motosikal antarabangsa Moto3.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");