Perak Hari Ini

Tidak Bermakna BN Tidak Ada Calon Speaker

Hanya tidak mengumumkan nama calon Speaker tidak bermaksud Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai calon atau gagal menghantar nama calon sebelum tarikh akhir 21 Jun seperti yang telah ditetapkan.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, kerajaan BN tidak akan sesekali melakukan perkara yang akan mendatangkan implikasi buruk terhadap parti dengan tidak menghantar nama calon Speaker.

“Semestinya peraturan dewan kami patuhi dengan menyerahkan nama calon untuk jawatan Speaker kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) sebelum sidang Dewan Undangan Negeri berlangsung 28 Jun ini.

“Kalau BN tidak menghantar calon Speaker, ia merupakan satu tindakan paling bodoh dan tidak masuk akal setelah BN memenangi PRU-13 dan berjaya membentuk kerajaan,” tegasnya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutup Sambutan Ulang Tahun ke-7 Pusat Pendidikan Al-Barakah di Gugusan Manjoi, dekat Ipoh, hari ini.

Mengulas tindakan tindakan pembangkang sebelum ini yang memaksa Setiausaha Dewan Negeri, Rumaiza Baharin mendedahkan maklumat calon BN, Zambry menjelaskan, beliau tidak mengerti apa tujuan sebenar mereka (pembangkang) yang asyik menimbulkan isu-isu yang tidak masuk diakal.

“Inilah masalah mereka (pembangkang), tidak habis-habis dengan lakonan. Setiap kali hampir tarikh sidang DUN, macam-macam cara mereka wujudkan. Sudahlah..cukup dengan semua ini,” ujarnya.

Beliau turut membidas tindakan Sivakumar dan Wong yang mencabar Rumaizi supaya mengangkat sumpah Al-Quran bagi membuktikan BN tidak menghantar nama calon.

Tambahnya, rakyat sudah letih dengan karenah pembangkang yang sering menimbulkan kekecohan dan mengarahkan supaya pembangkang menghentikan etika sebegitu dengan segera.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");