Isu Panas

Tunku Abdul Aziz: Akta derhaka perlu dilaksana

Cadangan bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah, supaya kerajaan menggubal undang-undang berkaitan kesalahan menderhaka kepada raja amat baik dan perlu dilaksanakan.

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Ibrahim berkata, sudah tiba masanya untuk undang-undang seperti itu digubal kerana ada segelintir rakyat di negara ini tidak tahu mengenai undang-undang dan ada yang melanggarnya.

Menurutnya, ada juga golongan yang didakwa sengaja mahu melihat sejauh mana tindakan diambil terhadap mereka yang menderhaka kepada raja.

“Saya bersetuju undang-undang khas ini dilaksanakan. Jika tiada undang-undang, segelintir rakyat akan memperkecilkan raja dan membuat perkara-perkara yang boleh dianggap menderhaka.

“Perkara-perkara dan adat istiadat Melayu ini sebahagian daripada perlembagaan. Setiap rakyat perlu menghormati Yang di-Pertuan Agong, raja dan sultan serta ikut adat,” katanya semalam.

Sebelum ini, Mohd Noor berkata, sudah tiba masanya bagi kerajaan menggubal undang-undang mengenai penderhakaan bukan di bawah Akta Hasutan.

Mohd Noor berkata, sebelum undang-undang itu digubal, masyarakat, khususnya generasi muda, perlu diberi pendedahan dan penjelasan mengenai sistem raja berperlembagaan yang diguna pakai di negara ini.

Abdul Aziz berkata, golongan muda pada hari ini kurang memahami fungsi institusi raja kerana di sekolah tidak ditekankan mata pelajaran sejarah dan sivik.

“Mereka tidak diajar Rukun Negara, adat istiadat dan sebagainya. Saya meminta, kerajaan membuat satu sistem pendidikan dengan mewajibkan subjek Sejarah dan Sivik kepada pelajar,” katanya.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");