Perak Hari Ini

Pasar Tani Beri Peluang Rakyat Tingkat Taraf Ekonomi

Usaha kerajaan mewujudkan lebih banyak pasar tani akan membuka peluang kepada peniaga khususnya di kalangan Bumiputera untuk meningkatkan taraf ekonomi mereka.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Tajuddin Abdul Rahman menegaskan, rakyat Melayu perlu sedar pelbagai inisiatif kerajaan yang berusaha meningkatkan kualiti dan taraf kehidupan mereka.

“Mereka seharusnya menggunakan manfaat ini sebaik mungkin untuk mengelakkan mereka terus dipandang rendah, lemah serta hina.

“Selagi ekonomi orang Melayu belum mencapai sasaran, kita mudah diperkotak-katikkan bangsa lain yang mahu menjatuhkan kita,” katanya kepada pemberita selepas melawat PAKAR Manjung, hari ini.

Menurut beliau, penglibatan usahawan dan petani amat digalakkan dalam menikmati kemudahan tempat jualan bagi memasarkan produk masing-masing.

“Semoga dengan wujudnya PAKAR dan pasar tani di seluruh negara, bangsa Melayu sedar dan bertindak pantas jika mahu menambah nilai dalam pendapatan keluarga.

“Agenda perjuangan kita adalah memberi sepenuhnya tunjuk ajar kepada bangsa Melayu dalam aspek kekuatan ekonomi supaya kita tidak dipandang serong lagi,” tegasnya.

Beliau turut menggesa lebih banyak bekalan produk pertanian dikeluarkan peniaga Bumiputera dan berharap konsep PAKAR mampu mengubah kehidupan mereka agar tidak terus diperlekehkan.

Namun begitu, beliau turut mengingatkan supaya para usahawan ini agar sentiasa berfikiran positif dan tidak mudah putus asa dalam memajukan diri, bangsa dan negara.

Dalam perkembangan lain, Tajuddin berkata, FAMA akan meluaskan operasi pasar tani dari jumlah 500 ketika ini kepada 1,000 pasar tani dalam tempoh dua tahun akan datang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");