Berita Hari Ini

31 peratus keluar mengundi sehingga pukul 10 pagi

gambar hiasan:-
gambar hiasan:-

BESUT 24 Julai – Proses pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut berjalan dengan lancar dan seramai 5,147 pengundi telah keluar mengundi di 35 saluran mengundi di seluruh kawasan itu sehingga pukul 10 pagi ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusuf berkata, jumlah itu bersamaan 31 peratus daripada jumlah pengundi seramai 16,534 orang.

Katanya, ini satu perkembangan yang baik dan beliau berharap peratusan keluar mengundi semakin tinggi sebelum tamat waktu mengundi pada pukul 5 petang manakala di Pulau Perhentian pukul 3 petang.

– UTUSAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");