Isu Panas

Akaun RM209 Juta: Pembangkang Fail Usul Siasat Liang

Liang Teck Meng

KUALA LUMPUR: Gara-gara mendedahkan maklumat berhubung dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai 20 akaun bank di luar negara, Ahli Parlimen Simpang Renggam, Liang Teck Meng berkemungkinan dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Ahli Parlimen.

Wakil pembangkang yang juga Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi memfailkan usul menggunakan Peraturan Mesyuarat 36(12) bagi mengheret Liang ke jawatankuasa itu kerana didakwa mengelirukan Dewan.

Usul berkenaan difailkan kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia kira-kira pukul 4 petang Rabu.

“Kita mahu merujuk Simpang Renggam kerana beliau gagal menarik balik kenyataannya yang menuduh Datuk Seri Anwar memiliki 20 akaun bank di luar negara.

“Selepas pendedahannya Selasa lalu, kita sudah beri beliau tempoh selama 24 jam untuk buat penjelasan…tapi beliau gagal berbuat demikian,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, Khamis.

Pada Selasa, Dewan Rakyat menjadi gamat selepas dikejutkan dengan dakwaan Liang bahawa Anwar mempunyai 20 akaun bank di luar negara dengan jumlah simpanan mencecah USD66 juta (RM209 juta).

Menurut Liang, maklumat yang diperoleh menerusi internet seperti yang didedahkan Wikileaks itu turut mendedahkan bahawa kesemua akaun berkenaan dibuka di Amerika Syarikat, Israel dan China yang lengkap dengan maklumat terperinci termasuk nama pemegang, jawatan, nombor pasport, jenis, nombor, tarikh akaun dibuka dan tarikh matang.

-mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");