Berita Hari Ini

FGV bekal biodiesel sawit ke Eropah

feldaFELDA memiliki peluang cerah untuk meneroka dan membekalkan biodiesel ke Eropah melalui FGV:-

FELDA Global Ventures Holdings Bhd (FGV) sedang berunding dengan tiga pengeluar bahan api bio utama dunia bagi membekalkan Palm Methyl Ester (PME) atau biodiesel sawit ke Eropah.

Antara syarikat terbabit ialah Diester Industrie iaitu pengeluar biodiesel terbesar Perancis yang berminat mengeluarkan bahan api bio yang dihasilkan daripada adunan campuran PME dengan biodisel sesawi.

Mengikut sumber yang rapat dengan FGV, syarikat Eropah yang terbabit berminat mendapatkan bekalan PME bagi mengurangkan kebergantungan kepada biodiesel sesawi yang pengeluarannya adalah tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan bagi biodiesel B5 di rantau berkenaan.

“Ketika ini di Eropah, kira-kira 60 peratus daripada minyak sesawi yang dihasilkan adalah digunakan untuk menghasilkan biodiesel, manakala di Amerika Syarikat (AS) pula peratusannya adalah lebih tinggi.

“Mereka sedang berusaha untuk mengurangkan kadar penggunaan itu bagi memastikan pengeluaran biodiesel tidak menjejaskan bekalan minyak sesawi itu sebagai minyak masak. Justeru, mereka melihat PME sebagai sumber alternatif yang mana dari segi harga adalah lebih berdaya saing,” kata sumber kepada BH baru-baru ini.

– BERITA HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");