Sukan Hari Ini

Johor FA Umum Senarai Muka Baru Dalam JDT

jiminezJohor FA mengumumkan perubahan dalam Pasukan Johor Darul Takzim (JDT) dengan bekas pengurus Valencia dan Atletico Madrid, Cesar Ferrando Jimenez diletak menggantikan ketua jurulatih Fandi Ahmad.

Dalam satu kenyataan, Presiden Johor FA Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata selain Cesar, persatuan itu mungkin akan mendapatkan khidmat Juan Manuel Lillo Diez, yang merupakan pereka formasi 4-2-3-1 dan mentor kepada Pep Guardiola.

Menurut beliau, bekas pemain antarabangsa dari Argentina Pablo Aimar “hampir pasti” untuk menandatangani perjanjian dengan pasukan JDT untuk musim depan.

“Fandi masih bersama pasukan dan peranan baru beliau adalah penolong jurulatih kepada Jimenez,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");