Perak Hari Ini

Harga Makanan Di Bazar Ramadhan Masih Berpatutan

PASAR

Bazar Ramadhan sering menjadi pilihan umat Islam membeli juadah berbuka puasa kerana menawarkan pelbagai jenis makanan dan minuman yang dijual pada harga berpatutan.

Tidak terkecuali, bazar Ramadhan Batu 8, dekat Tanjung Rambutan yang turut menjadi pilihan umat Islam di kawasan sekitarnya membeli juadah enak berbuka puasa, iaitu bermula seawal jam 4 petang lagi.

Tinjauan Peraktoday.com mendapati kebanyakan pengunjung berpuas hati dengan harga makanan dan minuman yang dijual peniaga di situ.PERAKTODAY

Salah seorang pengunjung, Syarifah Syazana Syed Nasir, 22, berkata peniaga bazar Ramadhan itu menjual makanan dan minuman pada harga yang masih berpatutan.

““Alhamdullilah kerana harga yang ditawarkan peniaga masih lagi berpatutan…..tiada kenaikan kerana harga masih sama seperti tahun yang lalu,” katanya.

Menyentuh kemudahan yang disediakan, Syazana berkata, kawasan bazar yang luas memudahkan urusan jual-beli dan lokasinya yang terletak berdekatan taman perumahan menyebabkan ia menjadi pilihan untuk dikunjungi orang ramai.

Mohd Hazri Hussin, 33, pula berkata:PERAKTODAY1

“Lokasi bazar memang sesuai dan kawasan tempat letak kereta yang disediakan begitu memudahkan pengunjung datang membeli juadah berbuka puasa di sini,”.

Tambahnya, selain pelbagai pilihan makanan, harga yang ditawarkan juga masih berpatutan.

“Saya dapati harga makanan dan minuman yang dijual di bazar Ramadhan Batu 8 ini masih berpatutan,” katanya yang sering membeli juadah makanan tradisional apabila berkunjung ke bazar berkenaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");