Berita Hari Ini

Jerebu Beralih Ke Utara, P.Pinang Hampiri Paras Tidak Sihat

jerebu

Sebuah kapal terbang berlepas dalam keadaan jerebu di lapangan terbang antarabangsa Pulau Pinang:-

GEORGE TOWN: Kualiti udara di Pulau Pinang menghampiri paras tidak sihat.

Beberapa kawasan di negeri ini pada pagi Khamis mencatatkan peningkatan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) .

Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS), Seberang Jaya kelihatan menghampiri paras tidak sihat apabila bacaan IPU meningkat dari 95 pada pukul 8 pagi kepada 98 (10 pagi).

IPU di Prai dan Universiti Sains Malaysia masih berada pada paras sederhana dengan bacaan 92 dan 83 pada pukul 10 pagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");