Berita Hari Ini

Keselamatan wartawan digalas negara bergolak

Datuk Hussein Hanif

KUALA LUMPUR: Malaysia menegaskan bahawa langkah untuk memastikan keselamatan wartawan yang bertugas di kawasan konflik perlu dipertingkat dan tanggungjawab ini perlu dipikul sepenuhnya oleh negara terbabit.

Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Datuk Hussein Haniff berkata negara terbabit juga bertanggungjawab memberi perlindungan sepenuhnya kepada mereka seperti yang diperuntukkan oleh undang-undang.

“Dalam hubungan ini, delegasi saya menyeru agar Resolusi Majlis Keselamatan PBB 1738 (2006) dan 1894 (2009) serta undang-undang antarabangsa berkaitan, termasuk undang-undang kemanusiaan dan hak asasi manusia, dilaksanakan sepenuhnya dalam memberi perlindungan kepada orang awam,” katanya.

Beliau berkata demikian pada perbahasan mengenai ‘Perlindungan Orang Awam Semasa Konflik Bersenjata: Perlindungan Wartawan’ di Majlis Keselamatan PBB di New York semalam.

Salinan ucapan beliau dihantar kepada Bernama di sini hari ini.

Sambil menyuarakan kebimbangan tentang laporan bahawa wartawan menjadi sasaran dan dibunuh ketika membuat liputan di Gaza tahun lepas, Hussein berkata perkara itu tidak boleh dibiarkan kerana wartawan adalah orang awam yang perlu diberi perlindungan ketika berlaku konflik, sejajar dengan undang-undang antarabangsa.

– BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");