Isu Panas

Keutamaan Pembangkang Untung Politik Bukan Untung Nasib Rakyat

kuala besut prk

Memang sudah jadi tugas dan kewajipan pembangkang untuk membangkang apa sahaja yang boleh memberikan mereka untung politik, termasuk menyalahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kononnya Pilihanraya Umum ke-13 yang lalu tidak telus, tidak bersih dan sebagainya.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan negeri Kedah, Datuk Mohd Tajudin Abdullah mempersoalkan mengapa mereka (pembangkang) tak membangkang kemenangan mereka di negeri-negeri yang mereka menang?

“Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan di kawasan-kawasan Parlimen yang mereka menang? Sebenarnya itulah kerja pembangkang, hanya menyalahkan SPR sedangkan dalam masa yang sama, mereka sendiri tidak mengadakan semula pilihan raya di negeri-negeri yang mereka menang sebagai bukti ‘ketidaktelusan’ SPR dalam pilihanraya umum yang lalu,” ujarnya ketika ditemui selepas program Majlis Penyampaian Zakat kepada warga emas dan keluarga daif di Kampung Penaga, Kuala Besut, semalam.

Beliau berkata, sikap tidak bertanggungjawab pihak pembangkang ini adalah bertujuan untuk menggoncang keamanan dan keharmonian negara dengan mengelirukan rakyat terhadapa apa jua isu.

Katanya, sekiranya pembangkang masih tidak berpuas hati, mereka diberi ruang membantah dan memfailkan petisyen di mana-mana mahkamah dan bukannya membuat tuduhan membabi buta terhadap SPR.

Tegas beliau lagi jika mereka mengatakan SPR salah guna kuasa, pilihanraya yang tidak telus dan sebagainya, ini bermakna kemenangan mereka di ketiga-tiga negeri yang dimenangi selain ahli-ahli Parlimen yang mereka menang pada PRU13 yang lalu juga hasil dari pelaksanaan dan kerja yang dibuat SPR.

“Ini bermakna, kemenangan mereka juga tidak sah kerana SPR ‘tidak telus’. Tapi hakikatnya, mereka sekadar mahu mempolitikkan isu, mahu memberikan perspektif buruk kerajaan kepada rakyat, kononnya kerajaan tidak bersih dan tidak telus.

“Inilah niat pembangkang untuk memperdaya rakyat hingga mengheret mereka terbabit dalam pelbagai perhimpunan bagi menutup malu kerana tewas dalam pilihanraya,” ujarnya yang juga Ketua UMNO Bahagian Sik.

– MediaUMNO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");