Berita Hari Ini

Wawasan 2020: Rakyat harus teguh di belakang PM

ABDUL RAHIM BAKRI

PITAS : Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Abdul Rahim Bakri mengajak rakyat supaya berdiri teguh bersama kepimpinan kerajaan yang diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi memastikan Malaysia mencapai matlamat negara maju menjelang tahun 2020.

Beliau berkata tempoh tujuh tahun menjelang ‘tahun keramat 2020’ amat kritikal yang memerlukan rakyat bersatu padu dan bersatu hati bagi memastikan Malaysia tidak tersasar daripada matlamat asal.

Abdul Rahim yang juga anggota Parlimen Kudat berkata kerajaan dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab menerajui negara akan sentiasa berlaku jujur dan sama sekali tidak akan meminggirkan mana-mana kumpulan dan golongan.

“Kita sentiasa ingin melihat rakyat bekerjasama menjayakan matlamat tersebut bersama tanpa prasangka dan ragu,” katanya ketika berucap pada majlis penyampaian pelbagai bantuan kepada 500 golongan asnaf sempena bulan Ramadan di Kampung Rosob, dekat sini semalam.

Beliau turut menggesa umat Islam menggunakan Ramadan bukan sahaja meningkatkan ibadah ritual tetapi juga menggunakan kesempatan sebulan ini untuk meningkatkan kebajikan ukhwah dan mengsyukuri nikmat negara Malaysia yang dirahmati.

“Berbanding sesetengah negara lain rakyat Malaysia beruntung kerana hidup lebih sempurna, makmur, selesa dan yang penting negara aman dan selamat hasil kebijaksanaaan kepimpinan negara dalam mengurus negara ini,”
katanya.

– BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");