Perak Hari Ini

Klinik Dr Zambry Kini Beroperasi Di Bazar Ramadhan

PERAKTODAY2

Bertepatan dengan slogan ‘Tiada Tertinggal, Tiada Terpinggir’, pelbagai usaha diperkenalkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir untuk mendekati dan menyelami masalah rakyat di negeri itu.

Salah satu pendekatan yang diperkenalkan ialah Klinik Dr Zambry yang kini diperluaskan pula ke tapak bazar Ramadhan yang beroperasi di seluruh Perak.

Buat julung-julung kalinya, klinik itu menawarkan khidmatnya membantu rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kinta apabila beroperasi di tapak bazar Ramadhan Batu 8 bermula jam 4 petang tadi.

Klinik Bergerak Dr Zambry ini memberi peluang kepada rakyat mengemukakan sebarang aduan atau permasalahan sebelum diambil tindakan yang sewajarnya.

Kaunter bergerak ini dikendalikan oleh Unit Khidmat Pelanggan, Pejabat Menteri Besar Perak. Selain Batu 8, kaunter ini juga akan dibuka di tapak bazar Ramadhan Dataran Lenggong, pekan Parit dan Tapah.

Sementara itu, ADUN Hulu Kinta, Datuk Aminuddin Md Hanafiah, berkata kaunter bergerak itu merupakan usaha terbaru pemimpin negeri turun ke bawah untuk mendekati rakyat.

Kaedah ini katanya, dapat memudahkan rakyat melaporkan sebarang masalah dan mereka seharusnya menggunakan peluang itu dengan sebaik-baiknya.

Rata-rata pengunjung yang mengunjungi Klinik Dr Zambry memberi maklum balas positif terhadap usaha terbaru kerajaan negeri itu yang dilihat berupaya menyelesaikan masalah rakyat secara efektif.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");