Berita Hari Ini

KWSP gesa ahli manfaat pengeluaran fleksibel

KWSP

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini melancarkan kempen untuk menggalakkan ahlinya memanfaatkan Pengeluaran Fleksibel Umur 55 Tahun, sebagai sebahagian daripada usahanya untuk meningkatkan kesedaran tentang perancangan persaraan.

Di bawah Pengeluaran Fleksibel Umur 55 Tahun itu, ahli boleh memilih untuk mengeluarkan sebahagian daripada simpanan mereka, secara bulanan atau gabungan kedua-duanya.

Kempen pengiklanan bertemakan ‘Melanjutkan Tempoh Simpanan Persaraan Anda’ akan disiarkan di radio, akhbar dan Facebook KWSP mulai hari ini hingga 2 Ogos 2013.

Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar berkata KWSP amat menggalakkan ahlinya untuk menguruskan simpanan mereka menerusi pilihan yang diberikan memandangkan jangka hayat purata rakyat Malaysia telah meningkat kepada 75 tahun.

“Pengeluaran fleksibel membolehkan ahli melanjutkan simpanan mereka dalam tempoh yang panjang pada tahun-tahun emas mereka.

“Tambahan pula, simpanan di KWSP akan terus menerima dividen, sekali gus meningkatkan simpanan persaraan ahli. Kesan pengkompaunan daripada perlanjutan tempoh simpanan ini akan menguntungkan lagi ahli,” kata Nik Affendi dalam satu kenyataan.

Nik Affendi turut menasihati ahli supaya memulakan lebih awal perancangan kewangan untuk persaraan dan tidak bergantung sepenuhnya terhadap simpanan KWSP mereka yang mungkin tidak mencukupi.

Ahli perlu merancang untuk menyimpan melalui saluran-saluran pelaburan lain yang terdapat di pasaran, sesuai dengan selera risiko mereka sebagai sebahagian daripada perancangan persaraan.

– BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");