Jenayah

Pecah Amanah Wang Jualan

rsz_amanah

KUANTAN :  Seorang pengurus syif sebuah restoran Pizza dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuantan semalam atas tuduhan melakukan pecah amanah terhadap wang jualan harian berjumlah lebih RM4,000 April lalu.

Tertuduh, Ahmad Syahid Abdul Rahman, 26 dari Taman Tas dekat sini bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas tuduhan tersebut.

Pertuduhan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Hidayatul Syuhada Shamsuddin di hadapan Hakim Mohd Nasir Norden.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh yang bertugas sebagai pengurus syif restoran terbabit didakwa secara curang melakukan pecah amanah apabila gagal memasukkan wang hasil jualan berjumlah RM4,026.35 ke dalam akaun syarikat seperti yang diamanahkan.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu antara jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang, 28 Februari lalu di premis restoran tersebut.

Susulan itu, tertuduh ditahan polis 16 April lalu sebelum dihadapkan ke mahkamah itu semalam atas tuduhan mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, dia berdepan hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih 14 tahun dan sebatan serta boleh dikenakan denda.

Tertuduh yang masih bujang dibebaskan sementara dengan jaminan RM4,000 manakala 23 Julai depan ditetapkan untuk sebutan sebutan semula kes tersebut.

– SINAR HARIAN –
http://www.sinarharian.com.my/pecah-amanah-wang-jualan-1.181606

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");