Perak Hari Ini

Tanah Perkuburan Kampung Sengat Ditenggelami Air

PERAKTODAY10

Kekerapan banjir yang dialami Kampung Sengat, dekat Simpang Pulai menyebabkan kawasan tanah perkuburan Islam di kampung itu sering ditenggelami air sejak lima tahun yang lalu.

Walaupun masalah itu sudah dilaporkan kepada Pejabat Tanah dan Daerah serta Jabatan Agama Islam negeri, sehingga hari ini ia masih berterusan tanpa sebarang tindakan susulan daripada pihak berkenaan.

Ketua Kampung Sengat, Mohd Isa Mohd Noh berkata, walaupun terdapat pihaknya sudah melaporkan masalah itu kepada pihak berwajib, usaha itu ibarat mencurah air ke daun keladi.

Walaupun mendapat liputan meluas dalam media massa tempatan, tiada sebarang tindakan diambil pihak berkenaan untuk menangani masalah terbabit, katanya dengan nada kesal.

“Masalah tanah perkuburan ditenggelami air ini sudah berlarutan sejak lima tahun yang lalu dan jika tiada tindakan susulan diambil, saya bimbang lebih banyak kubur akan tenggelam,” katanya lagi.

Tambah Mohd Isa, pihak jawatankuasa kampung sudah membina longkang serta tali air untuk memudahkan pengaliran keluar air yang bertakung.

Namun, masalah itu masih berlarutan kerana saluran longkang yang dibina tidak sistematik.

PERAKTODAY12

Sementara itu, tinjauan Peraktoday.com mendapati kewujudan projek pembinaan perumahan yang sedang beroperasi tidak jauh dari lokasi tanah perkuburan dipercayai menjadi punca masalah itu masih berterusan.

Akibatnya, kedudukan tanah yang menempatkan kubur-kubur lama ini menjadi lebih rendah apabila beberapa kawasan pembinaan ditambak bagi melaksanakan projek perumahan itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");