Berita Hari Ini

Tiket Bas Ke Pantai Timur Habis Dijual

Kaunter jualan tiket bas di hentian bas dan teksi Terminal One, semalam
Kaunter jualan tiket bas di hentian bas dan teksi Terminal One, semalam

SEREMBAN: Tiket perkhidmatan bas ekpres bagi destinasi dari Seremban ke pantai timur sempena Aidilfitri di kaunter Hentian Bas dan Teksi Terminal One, di sini, sudah habis dijual.

Tinjauan Sinar Harian, semalam mendapati sambutan terhadap perkhidmatan bas ekspres begitu menggalakkan dan habis terjual beberapa hari sebelum Ramadan.

Penjual tiket Syarikat Shamisha Holiday & Travel Sdn Bhd, Siti Nursalindawati Jamali, 33, berkata, semua tiket membabitkan perjalanan ke semua destinasi ke Kelantan dan Terengganu bertarikh 2 hingga 6 Ogos di kaunternya sudah habis dijual.

“Hanya tinggal tiket perjalanan ke utara sahaja. Rata-rata yang membeli adalah golongan pelajar kolej atau universiti yang mendapatkan tiket awal bagi mengelak kehabisan tiket,” katanya.

Menurutnya, pihak syarikat juga akan menyediakan perkhidmatan bas tambahan sekiranya terdapat desakan permintaan daripada orang ramai.

“Biasanya dua minggu sebelum Aidilfitri, syarikat akan menyediakan bas tambahan pada tarikh permintaan orang ramai. Harga tambang bas tambahan ini sama seperti biasa dan tiada sebarang cas tambahan akan dikenakan,” katanya kepadanya kepada Sinar Harian, di sini semalam.

Sementara itu, berlainan pula dengan Syarikat Konsortium Transnasional Berhad (KTB), apabila mereka masih mempunyai tiket perjalanan ke semua destinasi, bagaimanapun dijangka habis dalam masa terdekat.

Kerani Kaunter KTB, Asmah Makmor, 48, berkata, setakat ini, tiket perjalanan ke semua lokasi pantai timur, utara dan selatan perkhidmatan syarikat terbabit, masih ada.

“Bisanya, orang ramai membeli tiket balik kampung cuti Aidilfitri ini, seminggu sebelum umat Islam menyambut puasa. Berdasarkan sambutan, kita percaya dalam beberapa hari lagi, tiket ke semua destinasi akan habis terjual,” katanya.

Asmah berkata, orang ramai dinasihatkan membeli tiket awal kerana syarikatnya tidak menyediakan bas tambahan.

– Sinar Harian
http://www.sinarharian.com.my/tiket-bas-ke-pantai-timur-habis-dijual-1.181626

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");