Berita Hari Ini

Warta segera fatwa anti-Syiah

SYIAH

PENDAG: Rata-rata umat Islam menyambut baik cadangan Kerajaan Negeri Kedah yang komited untuk mewartakan fatwa anti-Syiah selepas perkara itu diumumkan Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir, Khamis lalu.

Pegawai Agama Daerah Pendang, Syeikh Ahmad Shukri Mohamed mengharapkan fatwa ini diwartakan secepat mungkin demi menjaga akidah umat Islam khususnya di Kedah.

“Jika fatwa ini diwartakan secepat mungkin ia dapat jaga akidah umat Islam dan Kedah tercinta ini akan muncul negeri pertama berbuat demikian,” katanya.

Menurutnya, kebanyakan masjid di Pendang aktif dan giat menjalankan ceramah berkaitan isu akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Mazhab Shafie dan ancaman fahaman Syiah anjuran jawatankuasa masjid itu sendiri, NGO dan Pejabat Mufti Negeri Kedah.

Beliau menjelaskan, ceramah itu bertujuan menerangkan mengenai ancaman fahaman Syiah kerana beliau tidak menafikan bahawa penularan fahaman itu ada dalam kalangan umat Islam di Pendang.

Katanya, Pejabat Agama Daerah Pendang memandang serius hal tersebut dan sentiasa memantau serta mengambil berat ajaran dan fahaman ini serta dapat dikawal di sini.

“Saya berharap golongan ini diberi taufik dan hidayah ALLAH SWT sementara pintu taubat masih terbuka,” katanya.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Pendang, Mohd Zaki Abdul Razak turut menyokong cadangan kerajaan untuk mewartakan fatwa anti-Syiah kerana berpendapat cara itu mampu untuk membendung dan mengawal fahaman itu di Kedah.

Katanya, beliau menyokong cadangan itu kerana jika tidak diambil serius oleh semua peringkat dikhuatiri fahaman ini terus tersebar meluas di Kedah.

“Cadangan kerajaan negeri itu sangat baik dan perlu dilaksanakan segera namun perlu adakan kajian menyeluruh sebelum tindakan diambil,” katanya.

-SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");